Tuesday, December 30, 2008

Cinta Ala Monyet?

CINTA REMAJA - Cinta Ala Monyet?

Remaja bila bercintalah kononnya, bukan bertahan lama. Paling lama  setahun. Kalau tidak enam bulan,atau sebulan, ada pula seminggu jer. Lepas tu mencari yang lain, sama ada yang jejakanya atau yang putrinya, sama jer.Inikah namanya cinta monyet?.

Tetapi bukan semua. Ada yang bercinta dari kecil hingga akhirnya sampai berumah tangga. Cinta macam ni nak lebel jenis cinta apa ye? Adakah Cinta pos (selepas) monyet? Apa apa lah.

Tetapi yang jelasnya alam remaja memang gila dengan perasaan dan mainan hati. Lambat berkenalan sudah ada perasaan dihati mahu bercinta. Lepas itu mudah timbul rasa cemburu jika pasangan berkenalan dengan orang lain. Hingga terjadi perbalahan, dan mudah sahaja untuk berpisah.

Aduhai remaja.